Monday, April 4, 2011

Perkahwinan Nuri & Anis - Felda Sebertak. Triang Pahang

Perkahwinan Nuri dan Anis di Felda Sebertak, Triang Pahang. Rombongan pengantin lelaki dari Marang Terengganu tiba sehari sebelumnya. Dengan sekali lafaz, Anis sah menjadi milik Nuri. Akad Nikah berlangsung di masjid Felda Sebertak. Outdoor yang pada asalnya hendak dilakukan di Bukit Bertangga (Felda Kumai) telah bertukar ke Tasik Bera. atas permintaan pengantin. Pada hari tersebut, sebanyak 4 pasang pengantin membuat pengambaran outdoor di Tasik Bera sewaktu kami tiba. Buat pasangan pengantin Nuri dan Anis... Selamat Pengantin Baru. Semoga pasangan ini kekal bahagia ke ahirnya.. Terima kasih kerana memilih Kawan Kawan Photo, Jurugambar Perkahwinan Anda..










Jika anda inginkan perkhidmatan jurufoto untuk merakamkan saat-saat manis dalam kehidupan anda sila hubungi kami di Kawan Kawan Photo, Jurugambar Perkahwinan anda. Kami mempunyai pakej yang berpatutan untuk anda.

Wednesday, March 23, 2011

Perkahwinan Laila dan Khairul - Panching

Cabaran sewaktu mengambil gambar di majlis pernikahan Laila dan Khairul di Panching, Kuantan Pahang. Hujan lebat di hari pernikahanan seolah ramai yang menangisi akan tarikh Laila sah menjadi milik Khairul. Di hari persandingan pula, bekalan elektrik terputus.. mujurlah tidak berpanjangan hingga ke petang. Terima kasih kepada pasangan pengantin Laila dan Khairul kerana memilih Kawan Kawan Photo, Jurugambar Perkahwinan Kuantan sebagai jurugambar perkahwinan mereka. Sesi outdoor dilakukan di Muzium Sungai Lembing yang terletak lebih kurang 50km dari bandar Kuantan pada petang harinya.. mujur selamat sampai kerana paginya jalan dinaiki air di Jambatan Sungai Charu. Agak kecewa bilamana muzium telah tutup waktu kami sampai. Berikut adalah beberapa keping gambar sepanjang majlis perkahwinan Laila dan Khairul.. buat pasangan ini.. Selamat pengantin Baru .. semoga berkekalan hendaknya










Jika anda inginkan perkhidmatan jurufoto untuk merakamkan saat-saat manis dalam kehidupan anda sila hubungi kami di Kawan-Kawan Photo, Jurugambar Perkahwinan Anda. Kami mempunyai pakej yang berpatutan untuk anda

Saturday, March 19, 2011

Akan datang..... Anisah & Zainuri


Jika anda inginkan perkhidmatan jurufoto untuk merakamkan saat-saat manis dalam kehidupan anda sila hubungi kami di Kawan-Kawan Photo. Kami mempunyai pakej yang berpatutan untuk anda
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...