Sunday, February 6, 2011

Majlis Perkahwinan Halim & Zanna, Batu Hitam Kuantan Pahang

Pasangan pengantin Halim & Zanna mengambil peluang cuti sempena Tahun Baru Cina dan juga Cuti Penggal Persekolahan bagi melangsungkan perkahwinan mereka. Majlis akad nikah dilangsungkan di rumah kakak pengantin perempuan.

Atas permintaan pasangan ini, gambar-gambar outdoor diambil di Jeti Tanjung Lumpur., Kuantan Pahang. Alhamdulillah meskipun terlewat dari perancangan awal, gambar-gambar yang telah dirakam diharapkan memuaskan hati pasangan ini. Berikut adalah beberapa keping gambar perkahwinan sepanjang hari pernikahan pasangan ini. Kami di Kawan Kawan Photo, Jurugambar Perkahwinan Kuantan Pahang mendoakan semoga pasangan ini beroleh keberkatan dan dipermudahkan segala urusan. Selamat Pengantin Baru. Semoga kekal ke akhirnya.











Jika anda inginkan perkhidmatan jurufoto untuk merakamkan saat-saat manis dalam kehidupan anda sila hubungi kami di Kawan-Kawan Photo, Jurugambar Perkahwinan Anda. Kami mempunyai pakej yang berpatutan untuk anda

Monday, January 10, 2011

Perkahwinan Syafiq & Mira - Sg Kemahal Triang, Pahang

Cuti sekolah semakin sampai ke penghujungnya. Musim hujan di kebanyakan tempat. Syukurlah hujan di pagi hari selepas Subuh berhenti sebelum Majlis Akad Nikah bagi pengantin Mohd. Syafiq dan Raja Nur Azmira di Felda Sungai Kemahal Triang Pahang. Semoga pasangan ini di permudahkan segala urusan baik di dunia mahupun di akhirat. Selamat Pengantin Baru.





Jika anda inginkan perkhidmatan jurufoto untuk merakamkan saat-saat manis dalam kehidupan anda sila hubungi saya. Saya mempunyai pakej yang berpatutan untuk anda

Monday, January 3, 2011

Syima & Pyan - Outdoor Part1 - SMTT

Pasangan ini pertama kali bertemu di Sekolah Menengah Teknik Temerloh. Permintaan mereka untuk membuat sesi outdoor di sekolah tersebut telah ditunaikan namun sedikit kekesalan buat mereka kerana terlupa membawa baju asrama untuk pengantin lelaki. Kedatangan mereka dari Kuala Lumpur ke Temerloh agak menghampakan lantaran itu. Nantikan sesi Outdoor Part 2 akan datang.











Jika anda inginkan perkhidmatan jurufoto untuk merakamkan saat-saat manis dalam kehidupan anda sila hubungi saya. Saya mempunyai pakej yang berpatutan untuk anda
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...